Pages

Percuma

Subscribe!! Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dalam borang dibawah:

Subscribe Channel Telegram di http://t.me/nakjobs

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)


Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.
Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di  Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

1. Pembantu Operasi Gred N11

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman web EAIC di www.eaic.gov.my;

2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salinan Resume/ Ijazah/ Diploma/ Sijil-Sijil/ Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;

3. Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat; dan

4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) yang terkini.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 JANUARI 2019 (SELASA)

Maklumat Jawatan
Borang permohonan