Pages

Percuma

Subscribe!! Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dalam borang dibawah:

Subscribe Channel Telegram di http://t.me/nakjobs

Jawatan Kosong UKM. Tarikh Tutup 17 Mac 2019


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah sebuah universiti awam yang terletak di Bangi, Selangor yang terletak di selatan Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia adalah salah satu daripada lima universiti yang menyelaraskan penyelidikan di Malaysia. UKM adalah universiti terbaik ke-259 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang dijalankan pada tahun 2014

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti berikut

PENOLONG AKAUNTAN W29 (KONTRAK)
PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.
i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iii. Diploma dalam bidang perakaunan, kewangan, perbankan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Tambahan:

a. Tidak merokok; dan
b. Tidak meninggalkan Solat Fardhu (bagi calon Muslim); dan
c. Sanggup bertugas pada hari minggu mengikut giliran jadual.
d. Fasih dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab satu kelebihan.

4. Deskripsi Ringkas Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan:

i. akaun kutipan hasil;
ii. perolehan;
iii. bayaran;
iv. buku tunai;
v. aset;
vi. penyediaan laporan;
vii. pemantauan hutang;
viii. tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

5. Cara Memohon:

Calon hendaklah menghantar resume beserta salinan sijil SPM & Transkrip Penuh Akademik SAHAJA ke alamat email mohdfairus@ukm.edu.my selewat-lewatnya sebelum atau pada 17 Mac 2019.

Sila nyatakan gaji pokok yang dimohon di dalam resume.

Calon-calon yang disenarai pendek untuk jawatan di atas akan dipanggil menghadiri sesi temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Sekiranya tidak dipanggil atau calon gagal menghadiri sesi temuduga tersebut, maka permohonan calon dikira tidak berjaya.

Pusat Kembangan Pendidikan UKM tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon yang akan menghadiri temuduga tersebut.