Pages

Subscribe!! Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dalam borang dibawah:

Subscribe Channel Telegram di http://t.me/nakjobs

Percuma

Jawatan Kosong UKM. Tarikh Tutup 6 Februari 2019


IKLAN JAWATAN KOSONG
PENOLONG AKAUNTAN W29 (KONTRAK)
PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.
i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

.
2. Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

.
3. Syarat Tambahan:

a. Tidak merokok; dan
b. Tidak meninggalkan Solat Fardhu (bagi calon Muslim); dan
c. Sanggup bertugas pada hari minggu mengikut giliran jadual.
d. Fasih dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab satu kelebihan.

.
4. Deskripsi Ringkas Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan:

i. akaun kutipan hasil;
ii. perolehan;
iii. bayaran;
iv. buku tunai;
v. aset;
vi. penyediaan laporan;
vii. pemantauan hutang;
viii. tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

.
5. Cara Memohon:

Calon hendaklah menghantar resume beserta salinan sijil SPM & Transkrip Penuh Akademik SAHAJA ke alamat email mohdfairus@ukm.edu.my selewat-lewatnya sebelum atau pada 6 Februari 2019.

Sila nyatakan gaji pokok yang dimohon di dalam resume.

Calon-calon yang disenarai pendek untuk jawatan di atas akan dipanggil menghadiri sesi temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Sekiranya tidak dipanggil atau calon gagal menghadiri sesi temuduga tersebut, maka permohonan calon dikira tidak berjaya.

Pusat Kembangan Pendidikan UKM tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon yang akan menghadiri temuduga tersebut.

Calon yang memenuhi SEMUA syarat-syarat di atas dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda adalah satu kelebihan.