Pages

Percuma

Subscribe!! Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dalam borang dibawah:

Subscribe Channel Telegram di http://t.me/nakjobs

Ambilan PISMP 2019. Tarikh Tutup 30 April 2019


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Ambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

- Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

- Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Kelayakan Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Syarat Kelayakan Akedemik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:

  • Bahasa Melayu;
  • Bahasa Inggeris; dan
  • Sejarah 
Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
Senarai Bidang Pengkhususan Yang Ditawar

Sekolah Kebangsaan

  1. Pendidikan Islam
  2. Bahasa Kadazan Dusun

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pendidikan Rendah

  1. Bahasa Melayu
  2. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  3. Sejarah
  4. Pendidikan Seni Visual
  5. Pendidikan Jasmani
  6. Pendidikan Awal Kanak-kanak
  7. Pendidikan Muzik
  8. Bimbingan dan Kaunseling
  9. Rekabentuk dan Teknologi
  10. Matematik
  11. Sains

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pendidikan Rendah

  1. Bahasa Melayu
  2. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  3. Sejarah
  4. Pendidikan Seni Visual
  5. Pendidikan Jasmani
  6. Pendidikan Awal Kanak-kanak
  7. Pendidikan Muzik
  8. Bimbingan dan Kaunseling
  9. Rekabentuk dan Teknologi
  10. Matematik
  11. Sains

Cara memohon

Permohonan adalah secara online melalui laman web rasmi PISMP. bagi yang berminat sila ke link dibawah untuk maklumat lanjut dan cara memohon

Tarikh Tutup 30 April 2019

Maklumat lanjut & cara memohon