Subscribe! Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email dalam borang dibawah:

subscribe channel telegram >> https://t.me/nakjobs

Percuma

Exam Online SPA Penguasa Kastam WK41 (Format & Contoh Soalan)

Kerjaya sebagai penguasa kastam adalah impian bagi sesetengah orang yang mencari pekerjaan. Namun untuk menjadi seorang penguasa kastam, anda perlulah mempunyai kekuatan mental & fizikal yang kuat.

Tugas seorang penguasa kastam ialah untuk mengutip cukai bagi pihak kerajaan dan juga menjaga keselamatan negara melalui kawalan sempadan negara. Pemeriksaan abrangan import dari luar negara juga adalah di bawah tanggungjawab penguasa kastam.

Sebelum menjadi penguasa kastam, anda perlu menjalani peperiksaan dan temuduga penguasa kastam WK41 yang telah ditetapkan oleh jabatan. Berikut ialah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang Exam Penguasa Kastam WK41

#1 : ISU SEMASA & MAKLUMAT NEGARA

Bagi menjawab soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41, anda perlu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai maklumat negara & juga isu semasa. Anda perlu wacana dan ambil endah tentang semua perkara berkaitan polemik yang dihadapi oleh negara.

Anda juga perlu tahu isu semasa mengenai sempadan negara yang sedang berlaku. Isu semasa menjadi topik utama dalam sesi temuduga nanti. Semakin banyak anda tahu tentang isu yang berlaku, semakin tinggi peluang anda untuk diterima bekerja.

Namun anda perlu bercakap berdasarkan fakta sahaja, jangan buat andaian sendiri dan bercakap tanpa fakta kerana ia akan menimbulkan sangsi pada para panel penilai.

 #2 : SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM KASTAM

Dalam peperiksaan penguasa kastam WK41, bahagian pertama ialah bahagian pengetahuan am kastam. Anda akan ditanya soalan berkaitan pengurusan kastam, pengurusan sumber ekonomi, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat, keselamatan negara, undang-undang dan sebagainya.

Bahagian A ini mempunyai 50 soalan dan perlu dijawab dalam masa 40 minit sahaja. Soalannya mempunyai pelbagai peringkat daripada soalan mudah sehingga soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi.

Untuk menjawab soalan bahagian ini, anda perlu membuat bacaan yang banyak untuk membolehkan anda memahami sepenuhnya pengetahuan am dalam bidang penguasa kastam.

#3 : SEKSYEN B - PENYELESAIAN MASALAH

Dalam bahagian B pula, anda perlu menjawab soalan untuk menyelesaikan masalah. Soalan dalam bahagian B dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :

Kemahiran logik & Penyelesaian masalah

Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran kreatif anda untuk menyelesaikan sebarang masalah yang diberikan dalam soalan. Soalan selalunya berkisar tentang pengurusan acara, pengurusan media & perhubungan awam.

Kemahiran Interpretasi Data

Dalam soalan jenis interpretasi data, anda perlu membuat bacaan data, analisis & menghuraikan dapatan yang anda dapat untuk menjawab soalan. Soalannya berkisarkan tentang bacaan data daripada carta pai, carta garis & sebagainya.

Konsep matematik

Soalan jenis ini adalah bertujuan untuk mengukur kemahiran asas matematik, kemahiran kuantitatif dan kemahiran berfikir melalui nombor & proses matematik.

#4 : SEKSYEN C - PSIKOMETRIK KASTAM

Dalam bahagian C ini anda perlu menjawab 200 soalan dalam masa 1 jam (60 minit). Walaupun ianya kelihatan sangat banyak, namun bahagian ini akan mengambil masa yang paling singkat & mudah untuk anda menjawab soalannya.

Ujian psikometrik adalah bertujuan untuk menilai personaliti anda sendiri melalui beberapa soalan yang diulang-ulang tetapi dalam bentuk yang berbeza. Konsistensi anda menjawab soalan psikometrik ini akan membantu anda untuk mendapat markah yang tinggi.

Soalan psikometrik akan berulang dan bakal memerangkap anda jika anda tidak menjawabnya secara jujur. Soalan dalam ujian psikometrik tidak memerlukan daya fikiran yang tinggi kerana ianya berpaksikan kepada pendapat & personaliti anda sahaja.

Anda hanya perlu pilih jawapan mudah seperti saya setuju, saya tidak setuju dan sangat setuju sahaja.

#5 : LULUS SETIAP SEKSYEN

Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 memerlukan anda lulus setiap seksyen untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak boleh ambil mudah setiap bahagian dan perlu menjawab soalan sebaik mungkin.

Calon yang lulus setiap bahagian akan dibenarkan untuk ke tahap seterusnya iaitu temuduga. Selepas temuduga selesai, barulah panel akan membuat pilihan sama ada perlu berikan kerjaya tersebut kepada anda atau tidak.

Kesimpulan

Menjadi penguasa kastam merupakan satu kerjaya yang mempunyai tanggungjawab besar dan terdedah kepada rasuah. Oleh itu, panel penilai dan pemilihan memerlukan calon yang berjiwa besar & bertanggungjawab untuk memikul tugas tersebut bagi menjaga keselamatan sempadan negara.

Pastikan anda buat banyak bacaan mengenai isu semasa dan mengasah semula kemahiran asas konsep matematik anda untuk memudahkan proses menjawab soalan peperiksaan penguasa kastam WK41 nanti.

Semoga berjaya!