Subscribe! Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email dalam borang dibawah:

subscribe channel telegram >> https://t.me/nakjobs

Kursus Sijil KEMAS - Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2020


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memberi tumpuan kepada usaha pembangunan sumber manusia yang menyeluruh bagi melahirkan dan memperkasa masyarakat luar bandar.

Kursus Sijil KEMAS - Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2020

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon untuk menjalani Kursus Sijil KEMAS - Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/taska) bagi tahun 2020 .Maklumat kursus adalah seperti berikut

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) TAHUN 2020

Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Syarat permohonan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat lain
  • Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
  • Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip.
  • Nilai CGPA 2.70 ke atas.
  • Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.
Cara memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal permohonan online Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Bagi yang berminat sila ke link dibawah untuk maklumat lanjut dan cara memohon

Tarikh Tutup 9 Januari 2020

Maklumat Jawatan & Permohonan