Subscribe! Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email dalam borang dibawah:

subscribe channel telegram >> https://t.me/nakjobs

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) - Tahun 2020


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membuat pengambilan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk sesi 2020. Mereka yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohonan dibuka dibuka bermula 24 Februari sehingga tarikh tutup 31 Mac 2020

Maklumat dan Syarat permohonan

Bagi yang berminat anda perlu memiliki syarat dan kelayakan yang berikut untuk memohon mengikuti program tersebut

- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Syarat akademik adalah seperti berikut:

- Mempunyai kelulusan dengan gred cemerlang di peringkat SPM dalam mana-mana lima mata pelajaran

Perlu lulus sekurang-kurangnya gred kepujian dalam

- Bahasa Melayu & Sejarah
- Mestilah lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan (lihat sini)

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan:
 
BIL BIDANG YANG DITAWARKAN
1 BAHASA KADAZANDUSUN PENDIDIKAN RENDAH
2 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
3 BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
4 PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH
5 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH
6 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH
7 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN
8 BAHASA IBAN PENDIDIKAN RENDAH
9 PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH
10 SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH
11 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
13 PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH
14 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
15 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN
16 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN
18 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
19 BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
20 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH
21 PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH
22 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH
23 SAINS PENDIDIKAN RENDAH
24 MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH
25 PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH
26 SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH
27 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
28 PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH
29 PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH
30 BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
31 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH
32 PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH
33 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH
34 SAINS PENDIDIKAN RENDAH
35 MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH
36 PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH
37 PROGRAM BERKEMBAR PRAPERKHIDMATAN IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA PERANCIS DENGAN KEPENDIDIKAN
38 PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA PENDIDIKAN ISLAM ( BIDANG PENGAJIAN ISLAM & QIRAAT AL QURAN)

Maklumat Tambahan

Hanya calon yang lulus dalam Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) (ujian bertulis) sebelum layak untuk dipanggil temu duga yang terdiri daripada 2 bahagian (Bahagian A & Bahagian B) yang perlu  dijawab dalam tempoh 45 minit. Hanya mereka yang lulus akan dipanggil temuduga

Pemohon yang dipanggil temuduga akan diuji dalam 3 sesi ujian

- SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL(UKF)
- SESI TEMU DUGA
- SESI UJIAN AMALI

Calon yang terpilih adalah bergantung kepada keputusan UKCG,  prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel KPM



Cara memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal permohonan rasmi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di https://pismp.moe.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MAC 2020.