Maklumat jawatan kosong terus ke notifikasi fon anda, subscribe channel Telegram dibawah:

7 sebab ramai yang pilih kerja kerajaan

Dilema yang dihadapi oleh lepasan graduan ialah untuk memilih sektor kerjaya sama ada masuk sektor kerajaan atau sektor awam. Kedua-dua sektor ini memiliki kelebihan tersendiri dan terdapat juga kelemahan masing-masing.

Walaubagaimanapun, sejak dari zaman dahulu kita sering dimomokkan bahawa kerja kerajaan lebih bagus kerana mempunyai masa hadapan yang lebih cerah. Adakah ianya benar-benar begitu atau sebaliknya?

Berikut ialah 7 sebab utama ramai yang pilih kerja kerajaan

#1 : Kenaikan Pangkat Konsisten

Kelebihan paling besar dalam sektor awam ialah anda bakal mempunyai kenaikan pangkat yang sangat konsisten dan stabil. Kenaikan pangkat dan gaji dalam sektor awam dikira berdasarkan time-based.

Time based ialah kenaikan pangkat yang berlaku secara automatik selepas tempoh yang ditetapkan. Kebanyakan kerjaya dalam sektor awam mengambil masa 8 tahun untuk naik pangkat.

Kenaikan gaji pula akan berlaku pada setiap tahun mengikut tangga gaji semasa dan berpandukan kelayakan akademik anda semasa memohon kerja tersebut. Kenaikan gaji juga boleh berlaku 2 kali dalam setahun mengikut sektor dan situasi.

Walaupun anda tidak menunjukkan prestasi yang bagus sepanjang tahun, apabila genap tempoh 8 tahun, pangkat anda akan dinaikkan. Bukankah itu suatu yang menarik dalam sektor kerajaan?

#2 : Jaminan Kerja


Orang zaman dahulu lebih sukakan kerja kerajaan disebabkan jaminan kerja. Setiap bidang kerjaya mempunyai persatuan & koperasi yang berdaftar. Mereka akan melindungi kepentingan anda dalam sektor kerajaan dan ianya menyebabkan majikan sukar untuk membuang pekerja kecuali dengan cara pencen sahaja.

Kerja menjadi lebih terjamin dengan adanya akta dan surat perintah yang diberikan oleh pihak kementerian kepada setiap bidang. Akta dan surat itu akan melindungi kerjaya anda kecuali jika anda melakukan kesalahan tata tertib dan melanggar etika kerja.

 #3: Jaminan Gaji

Anda mempunyai majikan yang bernaung di bawah kerajaan. Gaji anda juga dibayar oleh kerajaan dan ianya sudah pasti terjamin. Walaupun anda tidak boleh bekerja disebabkan kemalangan atau situasi yang tidak dapat dielakkan, gaji anda masih dibayar secara penuh.

Jaminan gaji sebegini tidak akan diperolehi dalam sektor swasta kerana majikan dalam sektor swasta tidak bernaung di bawah kerajaan.

#4 : Kemudahan Pinjaman

Setiap pekerja sektor awam pastinya tidak akan terlepas dengan pinjaman bank sama ada pinjaman peribadi atau pinjaman kenderaan. Walaupun anda kerja swasta, anda tetap akan membeli kereta untuk bergerak dan rumah untuk didiami.

Jadi antara dua sektor ini, sudah pasti bank lebih mengutamakan sektor awam kerana sudah mempunyai jaminan daripada kerajaan dari segi gaji & tempoh masa perkhidmatan. Bagi syarikat swasta, bank akan melihat kemampuan syarikat untuk kekal relevan dalam sektor dan penggajian. Jadi syarat yang dikenakan agak ketat dengan jumlah pinjaman yang sedikit rendah.

#5 : Cuti Yang Feksibel

Kedua-dua sektor mempunyai jumlah cuti yang hampir sama tetapi sektor kerajaan mempunyai fleksibiliti yang lebih tinggi kepada pekerjanya. Majikan sektor swasta akan menjadikan permohonan cuti lebih sukar kerana mereka perlu memastikan syarikat mereka kekal berjalan dengan baik walaupun ada pekerja yang cuti.

Dalam sektor kerajaan, semua pekerja diambil dalam kuantiti yang mencukupi dan tidak berlaku kebimbangan jika terdapat pekerja yang memerlukan cuti kecemasan.

# 6 : Elaun Rumah

Antara kelebihan lain yang ada dalam sektor kerajaan ialah anda bakal menerima elaun rumah yang boleh digunakan untuk menyewa kediaman berdekatan pejabat. Elaun rumah juga berbeza mengikut lokasi kerja yang anda terima.

Jumlah elaun rumah mempunyai jumlah berbeza mengikut sektor dan lokasi pejabat tetapi ianya dalam lingkungan RM400-800 setiap bulan. Sangat menguntungkan jika anda sudah mempunyai rumah sendiri dan elaun tersebut tidak digunakan untuk menyewa rumah lagi.
 
#7 : Bonus

Pernah dengar kerajaan berikan bonus kepada pekerja kerajaan setiap kali musim raya?

Itu ialah tanda penghargaan daripada pihak kerajaan kepada semuanya pekerjanya. Ianya adalah normal jika majikan sentiasa menghargai pekerjanya setiap kali musim perayaan.

Bukan itu sahaja, setiap bulan juga kerajaan akan menyediakan Bonus Tetap Khidmat Awam sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan kerja yang dilakukan setiap hari. Ianya akan menjadikan gaji yang anda terima lebih tinggi dari kadar biasa.

Kesimpulan

Kerjaya dalam sektor kerajaan sudah pasti mempunyai kelebihan berbanding kerjaya di sektor swasta dalam pelbagai aspek. Namun untuk masuk ke sektor awam bukanlah mudah. Anda perlu melalui beberapa saringan dalam bentuk temuduga dan peperiksaan terlebih dahulu sebelum diberi kelayakan.

Namun ianya suatu yang berbaloi untuk diusahakan jika nak dibandingkan dengan kelebihan yang anda bakal terima nanti.