Maklumat jawatan kosong terus ke notifikasi fon anda, subscribe channel Telegram dibawah:

Contoh Soalan Exam Psikometrik SPA Malaysia

SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga.

Dalam exam online psikometrik ini anda perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai diri anda. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.

Contoh Soalan Exam Psikometrik SPA

1. Saya jarang mempamerkan kemarahan tetapi apabila marah, orang lain akan berhati-hati terhadap reaksi saya.

Ya. Tidak.

2. Adalah sangat sukar untuk memaafkan seseorang yang telah melakukan kesalahan terhadap saya.

Ya. Tdak.

3. Saya mudah naik angin walaupun terhadap perkara yang remeh temeh.

Ya. Tidak.

4. Saya sering terlepas cakap apabila marah dan kemudiannya berasa menyesal dengan apa yang diperkatakan

Ya. Tidak.

5. Saya mudah berasa kecewa dengan sesuatu keadaan sehingga ia mengganggu pemikiran

Ya .Tidak.

Contoh Soalan Lengkap Exam Psikometrik

Nak Contoh Soalan Exam Psikometerik ?. Dapatkan melalaui link dibawah :-
Contoh Soalan Exam Psikometrik


Jika anda menipu, beberapa soalan ulangan yang tidak menerima jawapan yang sama dan akan menyebabkan anda dilihat sebagai tidak jujur ketika ujian. Jika ada calon tidak jujur, adakah layak untuk diterima bekerja?

Sebab itulah ramai calon yang menjawab exam psikometrik tidak lulus ke peringkat seterusnya, hanya disebabkan oleh cubaan menipu dalam ujian. Lebih bagus anda menjawabnya dengan jujur walaupun akan menonjolkan sisi negatif anda.

Menjawab soalan exam psikometrik dalam masa yang singkat sememangnya akan menjadi suatu perkara yang sukar kepada calon. Walaupun pilihan jawapan yang diberikan hanya setuju atau tidak, betul atau salah sahaja, namun tempoh masa yang singkat akan membuatkan anda stress untuk selesai menjawab semua soalan.

Pilihan jawapan yang mudah sahaja tetapi sangat tricky. Walaupun hanya perlu pilih jawapan yang anda rasa betul, namun dengan soalan yang berulang-ulang tetap memerlukan anda menggunakan akal fikiran bagi memastikan jawapan anda konsisten.

Menjadi jujur adalah satu cara paling mudah untuk menjawab semua soalan dengan pantas dan tidak stress.

Ujian online psikometrik ini akan menilai personaliti calon secara menyeluruh merangkumi beberapa aspek seperti :

  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Integriti
  • Disiplin

Sukatan Peperiksaan Online Memasuki Skim Perkhidmatan Awam  adalah tertakluk kepada perubahan dan keperluan semasa kementerian/jabatan terlibat.