Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membuat pengambilan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk sesi 2021. Mereka yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohonan dibuka dibuka bermula 16 Julai sehingga tarikh tutup 22 Julai 2021
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC)
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program latihan untuk melatih bakal guru yang dijalankan selama 5 tahun di Insitut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.
Jika anda berminat untuk menjadi seorang guru, ini ialah perkara yang anda perlu tahu tentang PISMP
APA SEBENARNYA PROGRAM PISMP?
PISMP ialah program latihan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan guru-guru di sekolah dengan memberikan latihan khusus kepada pelajar untuk mempelajari asas profession perguruan.
Program ini bukan sahaja memberi ilmu perguruan, namun ianya juga meliputi pengalaman dan kemahiran asas untuk menjadi guru yang telah bersedia untuk mengajar anak-anak muda Malaysia menjadi manusia yang berjaya di masa hadapan.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PISMP
Tak semua orang boleh memohon untuk menyertai program ini. Syarat kelayakan yang diletakkan juga memerlukan seseorang yang mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus dan memiliki personaliti yang baik.
Berikut ialah antara syarat kelayakan memohon:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
- Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mendapat gred CEMERLANGdalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIANdalam mata pelajaran Bahasa
- Melayu dan Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM PISMP
Bagi pelajar yang layak & diterima masuk ke dalam program PISMP, anda akan menjalani program Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terlebih dahulu selama 12 bulan (2 semester). Jika pointer anda mencapai syarat yang diberikan, barulah anda akan diberi kebenaran untuk sambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 4 tahun atau 8 semester.
Jumlah penuh pengajian anda dalam program ini ialah selama 5 tahun atau 10 semester. Sepanjang 5 tahun ini, anda akan belajar dalam mod sepenuh masa di tempat yang ditetapkan nanti.
BIDANG PENGKHUSUSAN PISMP
Program PISMP ialah program untuk melatih personaliti & membina guru baru yang lebih matang dan berwibawa disamping membawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam diri. Oleh itu, bidang pengkhususan untuk program ini juga merangkumi mata pelajaran yang ada di sekolah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan sebagainya.
Semua subjek teras & subjek bukan teras akan menjadi bidang pengkhususan anda jika diterima masuk. Bidang pengkhususan akan diberikan kepada anda mengikut kemahiran dan kebolehan anda.
Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan:
BIL | BIDANG YANG DITAWARKAN |
1 | BAHASA KADAZANDUSUN PENDIDIKAN RENDAH |
2 | PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN |
3 | BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH |
4 | PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH |
5 | PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH |
6 | REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH |
7 | PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN |
8 | BAHASA IBAN PENDIDIKAN RENDAH |
9 | PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH |
10 | SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH |
11 | BIMBINGAN DAN KAUNSELING |
13 | PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH |
14 | PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK |
15 | PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN |
16 | PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN |
18 | PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN |
19 | BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH |
20 | PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH |
21 | PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH |
22 | REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH |
23 | SAINS PENDIDIKAN RENDAH |
24 | MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH |
25 | PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH |
26 | SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH |
27 | BIMBINGAN DAN KAUNSELING |
28 | PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH |
29 | PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH |
30 | BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH |
31 | PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH |
32 | PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH |
33 | REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH |
34 | SAINS PENDIDIKAN RENDAH |
35 | MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH |
36 | PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH |
37 | PROGRAM BERKEMBAR PRAPERKHIDMATAN IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA PERANCIS DENGAN KEPENDIDIKAN |
38 | PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA PENDIDIKAN ISLAM (BIDANG PENGAJIAN ISLAM & QIRAAT AL QURAN) |
CARA MEMOHON UNTUK MENYERTAI PISMP
Permohonan untuk program PISMP boleh dibuat secara atas talian melalui laman web https://pismp.moe.gov.my selepas keputusan SPM diumumkan. Anda hanya perlu buat permohonan dan isi maklumat yang diminta
Selepas permohonan selesai, pihak KPM akan membuat tapisan dan memilih pelajar yang layak untuk menyertai Ujian Kelayakan Calon Guru terlebih dahulu sebelum dibenarkan ke peringkat seterusnya iaitu panggilan temuduga.
Selepas temuduga dijalankan, panel KPM akan membuat pemilihan berdasarkan prestasi anda ketika sesi temuduga. Senarai nama pelajar yang layak akan diberikan melalui email masing-masing dalam tempoh yang dinyatakan.
Berikut ialah perkara yang penting untuk anda yang berniat untuk memohon menyertai PISMP. Ada beberapa golongan yang tidak layak memohon iaitu
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Jika anda salah seorang dari golongan yang dinyatakan, anda tidak layak untuk memohon program PISMP.
Program PISMP bukanlah program yang mudah untuk anda masuk kerana ianya mempunyai tapisan yang ketat bagi memilih pelajar yang mempunyai kecenderungan menjadi pendidik. Jika anda seorang pelajar yang aktif di sekolah dan minat dalam perguruan, maka anda layak untuk memohon.
Harus diingat bahawa program ini bukan program yang menjamin kerjaya anda sebagai seorang guru selepas taman 5 tahun pengajian. Jika anda gagal dalam peperiksaan semester atau dikenakan tindakan tatatertib, anda tidak akan diberi posting sebagai guru.
Jika anda diterima menyertai program PISMP, maka belajarlah bersungguh-sungguh untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang lebih matang & bijak di masa hadapan.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan membolehkan anda bekerja di sekolah rendah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Selepas tamat pengajian, anda tidak boleh memilih lokasi untuk anda ditempatkan.
Di mana sahaja KPM tempatkan sekolah pertama anda, anda perlu menerimanya dengan hati yang terbuka. Jadi pastikan anda membina jati diri yang kuat semasa pengajian dalam tempoh 5 tahun tersebut dan jadilah guru yang berwibawa.
Semoga berjaya untuk anda semua dalam memohon PISMP ini. Goodluck!
Mohon PISMP