Maklumat jawatan kosong terus ke notifikasi fon anda, subscribe channel Telegram dibawah:

Cara Membuat Permohonan Kerja di Jobstreet

Anda nak mencari kerja tetapi tidak tahu apa persediaan yang perlu dibuat sebelum memohon perkerjaan? Bagi mereka yang sedang mencari-cari jawatan kosong, anda digalakkan untuk mengisi permohonan jawatan yang ditawarkan di laman sesawang Jobstreet.

Bagi anda yang kali pertama memohon jawatan kosong di Jobstreet, anda hendaklah membuat pendaftaran baharu berikut adalah langkah-langkah untuk anda membuat perdaftaran dan memohon jawatan kosong yang ditawarkan secara online di Jobstreet.

1. Daftar masuk Jobstreet

Langkah pertama untuk mohon kerja adalah dengan membuat pendaftaran akaun di laman sesawang Jobstreet. Login atau sign up di https://www.jobstreet.com.my/. Anda boleh pilih samaada mahu login melalui Facebook ataupun membuat satu akaun khas dengan Jobstreet.

Adalah lebih baik dan lebih bagus untuk anda sign up satu akaun khas dengan Jobstreet bagi mendapatkan kerja. Apabila anda dah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan klik sign up. Sila isi nama sebenar anda dan elakkan daripada meletakkan nama gelaran atau nama glamour anda.



2. Pilih Mempunyai Pengalaman Kerja atau tidak

Anda perlu pilih I have work experience jika mempunyai pengalaman kerja ataupun I am a student/fresh graduate jika anda seorang pelajar ataupun graduan. Kemudian isi sem maklumat yang diperlukan dan klik Next.



3. Maklumat Latarbelakang Pendidikan

Kemudian anda perlu masukkan semua maklumat mengenai latarbelakang Pendidikan anda di ruangan yang disediakan. Isi semua maklumat yang diminta dan seterusnya klik Next.

Jika di Langkah ke 2 tadi anda memilih mempunyai pengalaman kerja, anda perlu mengisi maklumat pengalaman kerja anda dengan lebih terperinci. Kemudian anda perlu klik Complete selepas selesai mengisi semua maklumat tersebut.

4. Verify Akaun Jobstreet

Selepas itu, semak mesej daripada jobstreet dalam email yang anda daftar pada langkah pertama tadi. Buka mesej jobstreet tersebut dan klik pada link biru yang panjang. Contohnya seperti link berikut :

5. Kemaskini Akaun Jobstreet

Upload gambar passport anda yang terbaik kerana gambar anda akan di review oleh majikan serta maklumat yang lain mengenai diri anda. Perkara yang paling penting adalah resume anda perlu di upload di lama sesawang jobstreet ini.

https://myjobstreet.jobstreet.com.my/php?f=1&e=7879075628&c=7879075499&site=my

6. Cari Kerja kosong di jobstreet

Apabila anda telah selesai update profile anda, sila klik pada Search job by Title, Skills or Keywords dan taip jawatan kosong yang anda cari dan tetapkan lokasi anda. Sila klik pada jawatan kosong berdasarkan senarai yang diberikan dan cari button APPLY NOW selepas anda selesai membaca semua responsibilities dan requirements serta berpadanan dengan kelayakan anda.

Anda dinasihatkan untuk search dalam lingkungan tempat tinggal anda. Ini kerana majikan pastinya lebih cenderung untuk memilih yang tinggal berdekatan. Oleh itu, tempat tinggal anda juga mempengaruhi peluang untuk anda mendapatkan kerja. Pada bahagian min month salary, biarkan kosong kerana sesetengah majikan tidak meletakkan range salary dan ini juga penting bagi meluarkan pencarian mencari kerja.

Jika anda meletakkan min range salary contohnya 1500, pilihan yang keluar hanya kerja yang menawarkan gaji 1500 dan keatas sahaja. Sedangkan ada syarikat yang menawarkan gaji yang lebih tinggi namun mereka tidak meletakkan range salary sahaja. Kebiasaannya syarikat seperti ini tiada button APPLY NOW dan hanya meninggalkan email untuk anda apply kerja.

7. Pitch

Ramai calon abaikan 300 characters pitch ini dan terus klik “submit application” sahaja. Ini sebenarnya bahagian yang wajib anda isi dan mudah saja. Tipsnya adalah tulis pitch berdasarkan ‘job description’ dan ‘ requirements’ yang telah diberikan oleh pihak syarikat tersebut. Kemudian anda bolehlah klik pada ‘Submit Application’ setelah selesai menulis pitch berkenaan.

Apabila keluar perkataan ‘Your application has been sent successfully’ bermaksud proses permohonan kerja anda melalui jobstreet telah selesai. Untuk meningkatkan lagi peluang anda dipanggil temuduga, anda perlulah menghantar juga permoonan kerja melalui email dan jika anda lebih rajin sila hantar resume by hand ataupun pos kepada syarikat berkenaan.

Selain itu juga, anda perlu sentiasa ‘follow up’ dengan syarikat berkenaan. Oleh itu majikan akan nampak kesungguhan anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Akhir kata, semoga info ini memberi manfaat dan memudahkan anda untuk memohon kerja di laman sesawang Jobstreet.