Maklumat jawatan kosong terus ke notifikasi fon anda, subscribe channel Telegram dibawah:

Jawatan Kosong Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Tarikh Tutup 17 Januari 2020


Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) ditubuhkan bertujujuan untuk menjadi peneraju advokasi keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya

Jawatan Kosong Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawata kosong di Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) seperti berikut

1. PEREKA GRAFIK(PSH)
- RM 72.00 SEHARI
- 3 HINGGA 6 BULAN

SYARAT KELAYAKAN

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memiliki kelulusan SPM dan Diploma/setaraf;
  3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh yang ditetapkan;
  4. Berkebolehan mengendalikan perisian Adobe (Illustrator, InDesign, Photoshop, Dll); dan
  5. Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dalam menghasilkan grafik serta
  6. mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka.

CARA MEMOHON

Sila kemukakan Resume berserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon) dan salinan sijil SPM dan Diploma/ setaraf.

Sila hantar permohonan anda kepada

JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA,GALERIA PJH, ARAS 3, JALAN P4W,PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,62100 W. P. PUTRAJAYA.
(u/p: Puan Nuratika binti Sulaiman)

*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda "Pekerja Sambilan Harian" di sebelah kiri atas sampul.

ATAU

E-mel kan permohonan anda ke nuratika@jkjr.gov.my

Maklumat jawatan & Permohonan