Maklumat jawatan kosong terus ke notifikasi fon anda, subscribe channel Telegram dibawah:

Program Sijil Teknologi Getah Sesi 2020/2022. Tarikh Tutup 31 Julai 2020

Untuk makluman, pihak Academy Hevea Malaysia, Lembga Getah Malaysia sedang membuat pengambilan bagi Program Sijil Teknologi Getah. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon menyertai program tersebut. Bagi mereka yang berminat, sila lihat maklumat program yang dibuka untuk permohonan seperti dibawah.

Program Sijil Teknologi Getah Sesi 2020/2022

Berikut adalah merupakan maklumat program yang di jalankan oleh oleh pihak mereka yang dibuka untuk permohonan:

1. Program Sijil Teknologi Getah

Tempoh: 18 Bulan (4 Semester)
Lokasi : Akademi Hevea Malaysia, Sg Buloh, Selangor
Tarikh Tutup Permohonan: 30 Julai 2020 (Selasa)

Program Sijil Teknologi Getah dalah merupakan program pembangunan kerjaya yang dijalankan oleh pihak Academy Hevea Malaysia, Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk melatih mereka yang berminat untuk membina kerjaya dalam sektor industri getah. Mereka yang berjaya dalam program ini berpeluang untuk bekerja di pelbagai syarikat multinasional yang terlibat dalam industri berkaitan dengan getah

Syarat Kelayakan

Secara umumnya, untuk memohon anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti yang berikut :

• Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun
• Memiliki kelulusan sekurang-kurangnya SPM dengan kepujian subjek tertentu
• Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan (dibawah)


Cara memohon

Bagi anda yang berminat sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :

• Permohonan adalah secara online disini

• Sila lengkapkan borang online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan (rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

• Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.