Maklumat jawatan kosong terus ke notifikasi fon anda, subscribe channel Telegram dibawah:

Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD M41)

Format & Contoh Soalan Exam Online PTD M41 - Pegawai Tadbir Diplomatik

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baru saja mengumunkan yang Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan dijalankan pada

Tarikh Peperiksaan : 27 Ogos 2020
Masa Peperiksaan : 10:00 pagi - 12:25 tengah hari

Semakan boleh dibuat di portal SPA di link ini http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai_tadbir_diplomatik/

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 ialah satu jawatan professional yang ada dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jawatan ini akan berkhidmat kepada agensi, kementerian atau jabatan yang memerlukan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Bagi Pegawai Tadbir Diplomatik yang berada pada pangkat lebih tinggi akan bekerja di kedutaan atau pesuruhjaya tinggi yang memerlukan pegawai di sana.

Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik merupakan perkhidmatan premium yang berfungsi untuk membantu kerajaan merancang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai tugas yang sangat berat dan mencabar serta memerlukan tahap pemikiran aras tinggi untuk menjalankan tugas di pejabat.

Format & Contoh Soalan Exam Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Bagi menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, anda perlu menduduki exam online SPA - Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. Ini peringkat pertama yang perlu anda atasi sebelum ke peringkat seterusnya
Berikut ialah perkara yang anda perlu tahu sebelum menjawab Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

#1 Ada 3 Bahagian (Seksyen)

Dalam peperiksaan online nanti, soalan akan dipecahkan kepada 3 bahagian seperti berikut:

a) Seksyen A - Pengetahuan am tentang Malaysia & Dunia
b) Seksyen B - Penyelesaian masalah matematik PTD
c) Seksyen C - Soalan kefahaman bahasa inggeris

Contoh Soalan Exam PTD M41
  
Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbbir Diplomatik PTD M41
Khas Buat Calon Exam 27 Ogos 2020


Anda perlu menjawab semua soalan dalam setiap bahagian dan memperolehi keputusan yang cemerlang untuk ke peringkat pemilihan seterusnya.

#2 Soalan berkaitan isu semasa & politik

Dalam Seksyen A (Soalan Pengetahuan am tentang Malaysia & Dunia), anda akan diberikan soalan berkaitan pengetahuan am mengenai isu semasa, politik, dasar pembangunan ekonomi, pengurusan kewangan, teknologi dan sebagainya.

Hal ini bermaksud anda perlu banyak membaca dan ambil kisah hal sekeliling yang berlaku setiap masa. Segala perkara yang berlaku dalam politik negara & luar negara perlu diambil tahu supaya anda tahu perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia.

Ilmu sebegini bukan sahaja untuk menjawab soalan, tetapi ianya sangat berguna selepas anda diterima bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik nanti.

Contoh Soalan Seksyen B - PTD M41


#3 Kena Pandai Kira-kira

Tugas Pegawai Tadbir di setiap agensi atau badan kerajaan memerlukan anda berfikir dengan pantas dan sudah pasti ianya melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Maka untuk menjawab soalan dalam bahagian B, anda perlu mahir kira-kira.

Soalan yang diberikan tidak sukar seperti matematik tambahan, namun ianya masih dalam kategori penyelesaian masalah dan kira-kira sahaja. Buat ulangkaji soalan matematik.

#4 Kemahiran Interpretasi Data & Konsep Matematik

Dalam soalan seksyen B (Soalan Penyelesaian masalah matematik) juga, anda akan diberikan soalan berkaitan interpretasi data seperti bacaan graf, carta pai dan data dalam jadual. Kemahiran ini sangat penting dalam kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik kerana anda pasti akan jumpa dengan pelbagai data yang lebih besar semasa bekerja bersama agensi kerajaan.

Soalan matematik yang ada dalam soalan PTD juga menggunakan konsep matematik aras Sijil Penilaian Menengan (SPM). Jika anda mendapat keputusan cemerlang dalam subjek matematik semasa SPM & STPM, ianya sangat membantu anda untuk menjawab soalan peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik nanti.

#5 Mahir Bahasa Inggeris

Sejak tahun 2019, Seksyen C (Soalan kefahaman bahasa inggeris) mula ditambah di dalam soalan Pegawai Tadbir Diplomatik iaitu soalan kefahaman bahasa Inggeris. Soalan yang diberikan ialah soalan berdasarkan esei bahasa inggeris. Anda perlu membaca esei dan menjawab soalan berdasarkan karangan tersebut (5-10 soalan)

Pada bahagian kedua, anda akan diberikan soalan berkaitan tatabahasa (grammar). Soalan seperti noun, pronoun, adjective, verbs, conjunction, interjection, preposition & sebagainya akan ditanya pada bahagian ini.

Secara am nya, anda perlu mahir bahasa Inggeris untuk menjawab soalan bahagian C ini. Ingat semula ilmu bahasa Inggeris yang dah dipelajari di sekolah dulu, ianya akan membantu anda untuk menjawab soalan.

Contoh Soalan Exam PTD M41
  
Contoh soalan Exam Online Pegawai Tadbbir Diplomatik PTD M41
Khas Buat Calon Exam 27 Ogos 2020


Kesimpulan

Untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD M41) yang bagus dan berkaliber, anda perlu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini. Semakin cemerlang keputusan exam anda, semakin tinggi peluang anda untuk jadi seorang PTD ini adalah proses saringan pertama yang wajib anda lulus

Bagi calon yang mahu memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini, anda perlu tahu bahawa kerjaya ini merupakan kerjaya yang mengutamakan kemahiran berfikir terutamanya mengenai hal ehwal semasa.

Semoga dengan info ini dapat berikan anda sedikit gambaran bagaimana format dan bentuk soalan peperiksaan PTD M41 yang akan dijawab oleh anda nanti. Salam sukses buat anda jika anda adalah calon exam PTD M41 pada 27 Ogos 2020