Maklumat jawatan kosong terus ke notifikasi fon anda, subscribe channel Telegram dibawah:

Cara Memohon Jawatan Kosong Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (MySPP)


Bermula Julai 2020, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tidak lagi menggunakan platform JobsMalaysia untuk sebarang iklan jawatan kosong. SPP sudah mempunyai platform mereka sendiri khusus untuk permohonan jawatan berkaitan pendidikan dan dibuka sepanjang tahun


Langkah 1 : Daftar Akaun Baharu di MySPP


Bagi anda yang kali pertama memohon jawatan SPP, anda perlu daftar akaun baharu dan dapatkan ID untuk login ke sistem MySPP.
Selepas anda klik daftar akaun, anda perlu isi tempat kosong dengan maklumat yang lengkap seperti nama penuh, alamat, email & no telefon bimbit yang aktif. Kemudian klik daftar

Langkah 2: Log Masuk Ke Akaun

Selepas anda selesai mendaftar, anda boleh mula memohon kerjaya yang anda mahu. Login semula untuk masuk ke akaun MySPP anda dan mula kemaskini semua maklumat diri.

Berikut ialah paparan dashboard anda.

Anda boleh buat kemaskini maklumat diri anda di bahagian ini dan klik butang simpan.

Langkah 3: Kemaskini Akademik

Kemudian anda klik menu maklumat pemohon dan buat kemaskini maklumat akademik sehingga lengkap semuanya. Maklumat akademik perlulah dirujuk kepada sijil-sijil yang berkaitan seperti SPM, PMR dan lain-lain.

Seperti yang dipaparkan di atas, anda perlu mengisi setiap subjek secara manual mengikut sijil anda sendiri.

Langkah 4 : Kemaskini Kurikulum

Selepas anda selesai mengisi bahagian akademik, anda perlu kemaskini bahagian kokurikulum. Bahagian ini memerlukan kemaskini untuk penglibatan sukan & persatuan. Anda perlu rujuk semula sijil-sijil yang anda pernah terima sebelum ini ketika bersekolah dan belajar di universiti.


Langkah 5 : Maklumat Pegawai Yang Sedang Berkhidmat’

Jika anda pernah bekerja dalam sektor awam, anda perlu klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat dan akan menemui paparan seperti ini

Anda perlu isi semua bahagian ini jika anda sedang berkhidmat. Jika anda isi bahagian ini, pastikan anda membawa surat pengesahan ketua jabatan ketika hadir temuduga.

Langkah 6 : Maklumat Tambahan

Bahagian maklumat tambahan akan memberi input lain kepada panel penilai. Ianya terbahagi kepada beberapa menu lain seperti Bakat/kebolehan, bekas tentera/polis, penerima bantuan kurang upaya atau tiada info tambahan.

Anda boleh isi bahagian yang sesuai dengan diri anda. Lengkapkan bahagian yang diperlukan dan simpan.



Langkah 7: Mula Mohon Jawatan SPP

Langkah seterusnya ialah anda perlu buat permohonan jawatan yang anda mahu. Klik pada menu jawatan yang dipohon dan akan keluar paparan seperti ini


Anda hanya boleh pilih 3 jawatan sahaja dalam satu masa. Kemudian anda pilih pusat temuduga terdekat dengan lokasi anda dan klik butang simpan.

Pastikan anda memohon jawatan yang sesuai dengan maklumat akademik & maklumat tambahan yang anda sudah isi pada permulaan tadi.

Kemudian klik kepada menu pengakuan pemohon dan semak semula semua perkara sebelum anda klik butang hantar.

Selepas klik hantar, anda akan diberikan slip akuan seperti berikut:


Langkah 8 : Semak Semula Maklumat & Jawatan Dipohon

Langkah terakhir ialah anda perlu klik pada butang semakan permohonan dan semak semula maklumat yang anda isi supaya sama dengan kerja yang anda mohon.


Pihak SPP membuat keputusan yang tepat untuk mempunyai sistem sendiri bagi tujuan memohon kerja kosong khusus dalam bidang pendidikan sahaja kali ini anda boleh gembira dengan sistem MySPP yang lebih mudah dan mesra pengguna. Cuma, anda perlu buka akaun baru sekali lagi dan kemaskini semula semua maklumat secara manual.

Semoga berjaya dalam kerjaya yang anda mohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.