Maklumat jawatan kosong terus ke notifikasi fon anda, subscribe channel Telegram dibawah:

Format & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41) Terangganu

Anda dapat Panggilan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir N41 Negeri Terangganu 13 Oktober ni. Jika anda mencari contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41, ini untuk anda

Format & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terangganu


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41)
  
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41)
Khas Buat Calon Exam PT N41 Terengganu 13 Oktober 2020


Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terangganu

#1 : TUGAS PEGAWAI TADBIR N41 NEGERI TERANGGANU

Tugas Pegawai Tadbir N41 ialah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia. Tugasnya juga merangkumi organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan di Negeri Terengganu.

Pegawai tadbir N41 juga bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka yang berlaku di Negeri Terengganu.

#2 : 2 BAHAGIAN YANG MENGUJI MINDA

Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A & bahagian B. Kedua-dua bahagian ini mempunyai soalan yang bakal menguji minda anda sama ada dari sudut pengetahuan am ataupun kemahiran individu.

#3 : BAHAGIAN A : PENGETAHUAN AM

Dalam bahagian A soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Terengganu, anda perlu menjawab 50 soalan dalam masa 40 minit. Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan pengetahuan am.

Bahagian ini akan menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Jadi anda perlu buat banyak bacaan mengenai bidang yang disenaraikan di atas bagi memudahkan anda menjawab soalan peperiksaan nanti. Kebanyakannya soalan mudah tetapi jawapan yang disediakan akan membuatkan anda sedikit keliru dan ianya boleh menyebabkan anda tidak menjawab dengan betul.

Semakin banyak bacaan yang dibuat, semakin bagus untuk anda menjawab bahagian A soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Terengganu nanti.

Contoh Soalan Pengetahuan AM

Apakah laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia?

A www.moh.gov.my
B www.kkm.gov.my
C www.kesihatan.gov.my
D www.mygovernment.gov.my

Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

#4 BAHAGIAN B : MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam bahagian B, anda perlu menjawab soalan berkaitan penyelesaian masalah. Bahagian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41)
  
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41)
Khas Buat Calon Exam 13 Oktober 2020


1. Kemahiran Logik

Seksyen ini mengandungi soalan yang memerlukan kemahiran berfikir, kemahiran analisis maklumat & membuat pilihan jawapan yang paling tepat bagi menjawab soalan.

Contoh Soalan:

Urutan yang terakhir ialah rajah







2. Kemahiran menginterpretasi data

Soalan dalam seksyen ini mengandungi data seperti graf, gambar rajah & jadual. Anda pelru membuat analisis data tersebut & menjawab soalan yang diberikan. Kemahiran membaca, menganalisis dan menginterpretasi data sangat penting dalam seksyen ini


Contoh soalan:







1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 160 orang
B. 200 orang
C. 400 orang
D. 560 orang

3. Konsep asas matematik

Dalam seksyen ketiga ini, soalan berasaskan matematik akan diajukan dan anda perlu menjawab semua soalan dengan baik. Kemahiran asas mengenai konsep matematik sangat diperlukan bagi menjawab soalan bahagian ini. Walaubagaimanapun, kebanyakan soalan berkisarkan konsep matematik yang dipelajari semasa di sekolah menengah sahaja.

Contoh soalan:

Setiap bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?

A. RM100
B. RM120
C. RM160
D. RM200

Kesimpulan

Jumlah peratusan yang akan dapat jawab soalan dengan baik adalah sangat sedikit. Jadi pastikan anda buat bacaan tambahan mengenai isu semasa, perundangan dan sebagainya yang berkaitan dengan tugas Pgawai Tadbir N41.

Semoga berjaya dalam peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Terengganu nanti.