Anda dapat Panggilan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir N41 Negeri Terangganu 13 Oktober
ni. Jika anda mencari contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41, ini untuk anda
Format & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir
N41 Terangganu
| Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41) |
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41)
Khas Buat Calon Exam PT N41 Terengganu 13 Oktober 2020
|
Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terangganu
#1 : TUGAS PEGAWAI TADBIR
N41 NEGERI TERANGGANU
Tugas Pegawai Tadbir N41 ialah merancang,
menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga
manusia. Tugasnya juga merangkumi organisasi, sumber kewangan, ekonomi,
pentadbiran dan pembangunan di Negeri Terengganu.
Pegawai tadbir N41
juga bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan peralatan pejabat
agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja
serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan
gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka yang
berlaku di Negeri Terengganu.
#2 : 2 BAHAGIAN YANG MENGUJI MINDA
Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 mempunyai 2
bahagian iaitu bahagian A & bahagian B. Kedua-dua bahagian ini mempunyai
soalan yang bakal menguji minda anda sama ada dari sudut pengetahuan am ataupun
kemahiran individu.
#3
: BAHAGIAN A : PENGETAHUAN AM
Dalam bahagian A soalan peperiksaan
Pegawai Tadbir N41 Negeri Terengganu, anda perlu menjawab 50 soalan dalam masa
40 minit. Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan pengetahuan am.
Bahagian
ini akan menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia
dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan
dengan pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa,
pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara,
undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan
lain-lain perkembangan semasa.
Jadi anda perlu buat banyak bacaan
mengenai bidang yang disenaraikan di atas bagi memudahkan anda menjawab soalan
peperiksaan nanti. Kebanyakannya soalan mudah tetapi jawapan yang disediakan
akan membuatkan anda sedikit keliru dan ianya boleh menyebabkan anda tidak
menjawab dengan betul.
Semakin banyak bacaan yang dibuat, semakin
bagus untuk anda menjawab bahagian A soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41
Negeri Terengganu nanti.
Contoh Soalan Pengetahuan AM
Apakah laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia?
A www.moh.gov.my
B www.kkm.gov.my
C www.kesihatan.gov.my
D www.mygovernment.gov.my
Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.
#4 BAHAGIAN B : MENYELESAIKAN MASALAH
Dalam
bahagian B, anda perlu menjawab soalan berkaitan penyelesaian masalah. Bahagian
ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
| Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41) |
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (PT N41)
Khas Buat Calon Exam 13 Oktober 2020
|
1. Kemahiran LogikSeksyen ini mengandungi soalan
yang memerlukan kemahiran berfikir, kemahiran analisis maklumat & membuat
pilihan jawapan yang paling tepat bagi menjawab soalan.
Contoh
Soalan:
Urutan yang terakhir ialah rajah
2. Kemahiran menginterpretasi dataSoalan dalam seksyen ini mengandungi data seperti graf, gambar
rajah & jadual. Anda pelru membuat analisis data tersebut & menjawab
soalan yang diberikan. Kemahiran membaca, menganalisis dan menginterpretasi data
sangat penting dalam seksyen ini
Contoh soalan:
1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan
pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari
sehingga Mac.
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah
meningkat sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3
berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan
dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A.
160 orang
B. 200 orang
C. 400 orang
D. 560 orang
3. Konsep asas matematikDalam seksyen ketiga ini, soalan berasaskan matematik akan diajukan
dan anda perlu menjawab semua soalan dengan baik. Kemahiran asas mengenai konsep
matematik sangat diperlukan bagi menjawab soalan bahagian ini.
Walaubagaimanapun, kebanyakan soalan berkisarkan konsep matematik yang
dipelajari semasa di sekolah menengah sahaja.
Contoh soalan:
Setiap
bulan, David membelanjakan 10% daripada gajinya bagi membayar kad kredit
berjumlah RM100. Jika sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 20%, berapakah
jumlah yang perlu dibayar bagi kad kreditnya?
A. RM100
B.
RM120
C. RM160
D. RM200
Kesimpulan
Jumlah peratusan yang akan dapat jawab soalan dengan baik adalah sangat sedikit.
Jadi pastikan anda buat bacaan tambahan mengenai isu semasa, perundangan dan
sebagainya yang berkaitan dengan tugas Pgawai Tadbir N41.
Semoga
berjaya dalam peperiksaan
Pegawai Tadbir N41 Negeri Terengganu nanti.