Maklumat jawatan kosong terus ke fon anda subscribe melalui link di bawah :



Showing posts with label resume. Show all posts
Showing posts with label resume. Show all posts

12 May 2020

Memohon Kerja Melalui Email. Ini Yang Perlu Anda Tahu

Salah satu cara yang paling digunakan untuk memohon pekerjaan hari ini, adalah dengan mengirim surat permohonan jawatan (Resume) melalui e-mel. Ini terutama selalu berlaku pada majikan yang tidak memiliki sistem permohonan kerja online. Disini Kami kongsikan sedikit tips untuk anda memohon kerja melalui email

Memohon Kerja Melalui Email. Ini Yang Perlu Anda Tahu

Untuk memohon pekerjaan melalui emel, anda perlu tahu tentang beberapa perkara penting, antaranya ialah:

  • Pastikan anda menggunakan alamat emel yang yang formal – Perkara ini mungkin nampak remeh dan biasa. Namun kebiasaanya banyak permohonan kerja yang tidak dilayan kerana alamat emel yang digunakan sewaktu memohon kerja tidak sesuai. Sebaiknya gunakan nama anda sebagai alamat emel tersebut.

    Majikan pastinya menerima ratusan emel setiap hari. Pastinya mereka mahukan seseorang yang serius dan tidak membuang masa mereka. Jadi elakkan penggunaan emel yang kurang sesuai seperti siticomelgiler@gmail.com dan sebagainya.
  • Perlulah ada kesungguhan – Jangan anda cc semua emel permohonan kerja anda kepada semua syarikat yang hendak anda minta. Sebaik-baiknya kajilah satu persatu syarikat tempat anda ingin memohon pekerjaan. Hantarkan emel khas bagi setiap jawatan dan syarikat tempat anda memohon pekerjaan.
  • Tulis tajuk emel anda dengan tepat dan ringkas – Bantu emel anda untuk dapatkan perhatian pegawai sumber manusia. Tulis tajuk emel anda dengan tujuan dan jawatan yang anda pohon.

    Sebagai contoh;Tajuk emel: Permohonan jawatan juruteknik mekanikal di syarikat ABC Berhad.
  • Gunakan struktur bahasa dan tatabahasa yang betul – Walaupun melalui emel, anda perlu tahu permohonan kerja ini adalah secara formal. Jadi anda perlu menulis emel dengan menggunakan struktur ayat dan tatabahasa yang betul. Elakkan penggunaan singkatan perkataan dan juga campur aduk di antara bahasa. Jika emel permohonan kerja tersebut ditulis di dalam Bahasa Melayu, teruskan semuanya di dalam Bahasa Melayu. Begitu juga sebaliknya dengan bahasa yang lain.
  • Pastikan lampiran dokumen dan fail adalah betul dan boleh dibaca – Ini adalah satu perkara yang sangat penting. Jika anda gagal memastikan fail dan dokumen yang dilampirkan adalah tepat dan boleh dibaca, peluang anda untuk diterima bekerja mungkin akan tertutup terus.

Pihak majikan pasti mahukan pekerja yang teliti. Jika fail tersalah nama, tertukar nama syarikat yang ingin dipohon dengan syarikat lain dan sebagainya pasti persepsi pihak syarikat terhadap anda akan menjadi kurang baik. Malah berkemungkinan mereka akan merasakan calon seperti itu melakukan kerja sambal lewa dan tidak serius dengan kerja.

Betul, manusia tidak boleh lari dari kesilapan, namun anda perlulah beri persepsi yang bagus kepada bakal majikan anda. Jadi pastikan anda semak dengan sebaik mungkin ya.

Pastikan anda menghantar emel permohonan kerja ini bersama-sama dengan surat permohonan kerja (cover letter) dan resume anda yang terkini. Emel permohonan kerja anda pula bolehlah ditulis dalam format yang berikut:

Bahagian 1 – Tajuk emel

Bahagian 2 – Kandungan emel

- Pengenalan diri anda secara ringkas dan tujuan anda menghantar emel ini.
- Pengalaman kerja atau latihan industri yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon
- Kelayakan dan kelebihan diri anda (secara ringkas) untuk jawatan yang dipohon

Bahagian 3 – Penutup dan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon.

Bahagian 4 – Lampiran. Pastikan saiz lampiran tidak terlalu besar. Anda boleh gunakan beberapa perisian percuma yang terdapat di laman web untuk mengecilkan saiz fail lampiran anda.

Setelah selesai, pastikan anda menyemak kembali struktur ayat, ejaan, jawatan yang dipohon, syarikat tempat kerja yang anda mohon dan juga lampiran yang disertakan di dalam emel. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah betul sebelum anda mula menghantar emel permohonan kerja anda.

Kebiasaannya jika setelah dua minggu anda menghantar emel permohonan kerja dan masih tidak dihubungi oleh pihak syarikat, anda mungkin tidak dicalonkan untuk menduduki temuduga bagi jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh semak dengan pihak syarikat tersebut dengan menghantar emel ringkas untuk bertanyakan status permohonan anda.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sebagai pencari kerja, anda perlu terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Tuhan yang Esa. Berkat usaha anda yang berterusan, anda pasti akan beroleh kerjaya yang diidamkan.
Read More »

10 May 2020

Perkara Penting Dalam Surat Permohonan Kerja (Cover Letter)

Surat permohonan kerja (cover letter) adalah satu surat berformat rasmi bagi tujuan memohon kerja. Walaupun ketika ini ramai pemohon kerja yang tidak menggunakan cover letter sewaktu memohon kerja, cover letter ini masih sangat relevan.

Penggunaan cover letter yang dihantar bersama resume menunjukkan kesungguhan pemohon dalam permohonan kerja mereka. Secara tak langsung ianya akan membantu anda resume anda dipilih daripada ratusan pemohon yang lain.

Sebelum anda mula menulis cover letter anda, ada beberapa penting yang perlu anda ambil tahu terlebih dahulu:

  • Kenalpasti maklumat diri yang diperlukan – Hanya masukkan maklumat diri yang penting dan diperlukan sahaja. Tidak seperti resume, anda perlu menjelaskan sebab anda memohon kerja di syarikat tersebut di dalam cover letter.
  • Penulisan cover letter perlu mengikuti format yang tepat – Penulisan cover letter perlu mengikuti format surat rasmi. Untuk lebih jelas, anda boleh rujuk pada contoh penulisan cover letter yang telah kami sediakan.
  • Elakkan penggunaan ayat-ayat tertentu – contohnya; elakkan penggunaan kepada pihak yang berkenaan pada cover letter anda. Buat sedikit kajian dan dapatkan nama pihak tersebut. Kebiasaannya di dalam cover letter, ia ditujukan kepada Pengurus Bahagian Sumber Manusia. Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui carian internet. Jika tidak ada, anda boleh menghubungi syarikat berkenaan dan minta maklumat tersebut.

Seterusnya lihat pula format untuk menulis cover letter yang baik. Penulisan cover letter boleh dibahagikan kepada enam bahagian utama:

Bahagian 1 – Maklumat diri anda yang diperlukan seperti nama penuh anda, alamat surat menyurat dan juga no telefon anda yang boleh dihubungi.

Bahagian 2 – Maklumat syarikat tempat anda memohon pekerjaan seperti nama pengurus bahagian sumber manusia, jawatan dan alamat syarikat.

Bahagian 3 – Bahagian permulaan surat. Anda boleh nyatakan jawatan yang anda mohon, kenapa anda berminat dengan jawatan tersebut dan mengapa anda calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.

 Bahagian 4 – Bahagian pertengahan surat. Anda boleh nyatakan pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon secara ringkas. Tidak perlu nyatakan semua pengalaman dan kemahiran kerana semua itu sudah ada di dalam resume. Jangan ulang semua yang telah ada di dalam resume.

Jika anda adalah graduan universiti yang baharu dan tiada pengalaman kerja, anda boleh masukkan pengalaman ketika mengikuti latihan industri. Tetapi sila pastikan pengalaman tersebut berkaitan dengan jawatan yang dipinta.

Bahagian 5 – Bahagian akhir surat. Di dalam bahagian ini anda perlu menegaskan sebab apa anda seuai dan layak untuk menjawat jawatan tersebut. Anda juga boleh menyatakan apakah kelebihan dan sumbangan yang dapat anda berikan kepada syarikat jika anda diambil bekerja. Anda juga boleh tamatkan bahagian ini dengan menyatakan kesudian anda untuk ditemuduga dan dihubungi melalui telefon ataupun emel.

Bahagian 6 – Tandatangan. Seperti mana surat rasmi, anda perlu akhiri cover letter anda dengan tandatangan anda.

Setelah menyiapkan cover letter anda, pastikan anda mengambil masa untuk menyemak cover letter anda.

  • Pastikan anda sudah menyemak ejaan, format dan struktur tatabahasa cover letter anda sebelum anda menghantarnya. Jika anda tidak berkemahiran untuk menyemak sendiri, bolehlah minta bantuan keluarga dan rakan anda yang lebih mahir.
  • Pastilkan ejaan nama, jawatan dan syarikat tempat anda memohon kerja adalah betul.
  • Pastikan anda menggunakan alamat emel yang formal.
  • Jika cover letter anda dalam Bahasa Inggeris, pastikan anda tidak menggunakan ‘hi’ sebagai ayat sapaan, tetapi menggunakan istilah ‘Dear’.

Setelah berpuas hati dengan cover letter anda, anda bolehlah menghantar cover letter anda bersama-sama resume kepada syarikat yang menawarkan pekerjaan. Pastikan anda juga telah memilih jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman anda agar menambah peluang dipanggil temuduga.

Akhir kata, selamat berjaya kami ucapkan!
Read More »

27 April 2020

Perkara Yang Perlu Ada Dalam Resume Permohonan Kerja

Menulis resume kerja adalah antara perkara penting yang perlu diketahui oleh mereka yang sedang mencari kerja. Menulis resume memang seringkali dianggap mudah, namun tidak ramai yang mampu menghasilkan resume [Panduan] yang benar-benar berkualiti. Sebab itu masih banyak calon yang memohon kerja, tetapi langsung tidak dilayan kerana resume yang diberikan tidak dapat menarik perhatian.

Perkara Yang Perlu Ada Dalam Resume Permohonan Kerja

Kali ini, kami berminat untuk berkongsi panduan resume kerja dengan anda. Resume kerja yang berkualiti adalah penting bagi membolehkan anda melepasi saringan pertama permohonan kerja. Setelah itu barulah lebih tinggi peluang untuk anda dipanggil ke sesi temuduga. [Panduan]

Sebelum anda mula menulis resume kerja, pastikan anda ambil berat beberapa faktor terlebih dahulu.
  • Pastikan resume anda ringkas dan padat. Dua mukasurat sudah mencukupi
  • Sediakan gambar terkini. Gambar anda pula mestilah dalam keadaan kemas, sopan dan formal.
  • Sediakan emel dengan alamat emel yang agak formal. Sebagai contoh, mohd.namanda@gmail.com adalah lebih baik berbanding cool.long.tiger@gmail.com

Seterusnya kita lihat apa senarai maklumat yang perlu ada dalam resume kerja anda.
  • Ringkasan pengalaman kerja anda berdasarkan posisi atau jawatan yang ingin anda minta. Sebagai contoh: 2 tahun pengalaman sebagai jurutera elektrik dan 3 tahun pengalaman sebagai jurutera projek.

Anda perlu lebih menekankan pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan yang ingin anda mohon.

Antara maklumat yang diperlukan ialah:

- Nama
- Emel
- No telefon bimbit
- No kad pengenalan

  • Nama syarikat, pengalaman kerja dan jawatan - senaraikan nama syarikat, pengalaman kerja dan jawatan yang disandang menurut urutan yang terkini. Pengalaman kerja pula hendaklah dikongsikan secara ringkas dan padat.
  • Pencapaian pendidikan - pencapaian pendidikan juga harus ditulis mengikut urutan terkini. Pencapaian pendidikan hanya perlu dikongsikan setakat dua lapisan sahaja. Sebagai contoh, hanya nyatakan purata nilai gred kumulatif di universiti dan keputusan SPM sahaja. Jika anda adalah seorang pekerja yang sudah mempunyai pengalaman, hanya senaraikan satu lapisan pencapaian pendidikan anda sahaja.
  • Kemahiran yang anda miliki - Lebih baik jika anda dapat senaraikan kemahiran yang berkaitan dengan bidang kerja dan juga pekerjaan yang anda mohon. Anda boleh senaraikan dalam bentuk bar peratusan setiap kemahiran yang anda miliki.
  • Hobi - senaraikan sekurang-kurangmya dua hobi anda.
  • Rujukan - senaraikan sekurang-kurangnya dua rujukan di dalam resume kerja anda. Pastikan anda dapatkan persetujuan mereka yang anda jadikan rujukan terlebih dahulu.

Sebaik-baiknya anda bahagikan resume anda kepada dua bahagian seperti contoh di bawah. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang di dalam setiap perenggan. Ingat anda bukan mahu buat karangan, tetapI mahu menarik perhatian bagi membolehkan resume anda dipilih dan terus dibaca.

contoh layout resume

Resume anda seharusnya didatangkan sekali dengan surat permohonan kerja (cover letter)[Panduan]. Jangan hanya menghantar resume kerja semata-mata. Anda perlu tahu bahawa ramai lagi calon lain yang turut memohon kerja yang anda mohon tersebut.

Surat permohonan kerja ini merupakan butiran ringkas diri anda untuk memohon kerja. Jangan ulangi butiran yang sama yang sudah terdapat di dalam resume anda. Walaupun surat permohonan kerja ini ringkas, ia akan membantu merangsang bakal majikan anda untuk membuka dan membaca resume kerja anda.

Objektif surat permohonan kerja - anda perlu tahu objektif surat permohonan kerja anda. Kaji dahulu jawatan yang ingin dipohon dan latar belakang syarikat terlebih dahulu. Objektif surat permohonan kerja yang tepat mampu membantu resume anda dipilih untuk dibaca.
  • Contoh yang baik: Memohon posisi pembantu penyelaras kejuruteraan dalam bidang minyak dan gas.

Dalam menulis resume, pastikan anda memasukkan maklumat yang lengkap dan tepat. Jangan memasukkan maklumat yang tidak tepat seperti menambah kemahiran dan pengalaman yang anda tiada. Kelak ianya akan menyusahkan diri and ajika diketahui oleh bakal majikan.

Gunakan sebaiknya perkongsian kami berkenaan panduan menulis resume kerja ini. Sebelum kami mengakhiri perkongsian kali ini, kami juga ingin berkongsi beberapa perkara yang kami rasakan penting bagi anda yang mengalami pengalaman diberhentikan kerja dan berhenti kerja.

Tidak kisahlah sama ada secara mandatori (Mutual/Mandatory Separation Scheme – MSS) atau sukarela (Voluntary Separation Scheme – VSS) ataupun anda sendiri yang memilih untuk berhenti. Anda perlu menyiapkan kenyataan berhenti kerja (exit statement) bagi bakal majikan anda. Anda boleh menggunakan contoh di bawah sebagai exit statement anda:

“Since 2020 the x industry having a major setback due to drop in oil price worldwide. In order to be competitive and relevant to the industry, my ex company – YYYYYYY has gone major restructuring process. As the process is ongoing, this year it has affected my department and company significantly. I’ve been offered a very good VSS offer. In order to support my company direction and decision, I decide to accept the offer. Now I’m ready to offer my experience and knowledge to the industry and ready to looking for available opportunities.”

Exit statement ini penting untuk meyakinkan bakal majikan anda bahawa anda bukanlah seorang yang bermasalah kerana berhenti atau diberhentikan kerja. Secara tak langsung peluang anda untuk mendapat pekerjaan turut bertambah.

Kami berharap melalui panduan menulis resume kerja yang kami kongsikan ini dapat membantu anda menyiapkan resume kerja dengan sebaik mungkin. Selamat berjaya.
Read More »